Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi. Hidup hanya kerana Allah ..insya Allah.
Dua tahun berlalu...begitu saja. Allah sibukkan hari2 ku dengan beban perjawatan dan keluarga. Terbiar masa sia sia tanpa amal, tanpa redha. Setiap masa menghabiskan kerja dan tugasan hanya utk mematuhi arahan ketua. Jadi alpa. Syukur kerana tidak terlalu lama Allah biarkan... Syukur kerana Allah masih sayangkan hambaNya ini. Ramadhan kali ini diberikanNya kelapangan. Jawatan pentadbiran ditamatkan, Alhamdulillah. Berpatah balik lah wahai hati, hanya Redha Allah yang aku cari. Moga2 tidak terpesong lagi dengan kesibukan duniawi.
Ya Allah, sungguh aku bersyukur atas segala nikmatmu....ampunkanlah segala dosa dan kealpaanku selama ini. Hanya Engkau yang maha pengampun dan maha penyayang,...
No comments:
Post a Comment